Monday, November 15, 2010

Pertukaran yang ditolak

Hari ini Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan pada jam 2.00 petang. Suatu kelainan kerana pertama kali majl is ini diadakan pada waktu petang. Tetamu kehormat juga pertama kalinya mengundang pegawai PPD.

Hari ini juga merupakan hari keputusan permohonan eg-tukar bagi guru-guru yang mengisi / membuat permohonan pertukaran. Seawal pagi jam 6.35 dah sampai sekolah (waktu biasa saya sampai sekolah) dan terus mengonlinekan diri menyemak permohonan. Nasib tidak berpihak kepada saya. Keputusan adalah -ve.

Sunday, November 14, 2010

Mari belajar mendarab



Ini antara video yang menarik untuk murid-murid amalkan. Ia merupakan teknik alternatif yang mudah sekiranya anda tidak dapat menghafal sifir.

Ingat ! Bagi murid yang lemah, saya tidak marah jika anda tidak dapat menghafal sifir, tetapi saya akan sangat marah jika anda tidak tahu apa itu sifir & tidak tahu bagaimana untuk menulis sifir dengan cepat dan mudah.

Facebook vs Blog

Blog ni dicipta khusus untuk murid-murid yang saya ajar. Tujuannya adalah untuk menggantikan facebook yang bagi saya lebih bersifat 'peribadi'. Dengan wujudnya blog ini, saya dapat mengasingkan antara tujuan rasmi untuk p&p dan juga hal peribadi di facebook. Blog juga dilihat sebagai medium yang lebih baik kerana mereka yang tidak berada di dalam 'friend list' fb saya juga boleh mengakses maklumat di blog ini.

Pada tahun 2010 saya lebih menggunakan facebook untuk berkongsi maklumat dengan anak murid. Tetapi bermula tahun 2011, penggunaan blog akan menggantikan facebook tersebut.