Saturday, January 31, 2015

Tutorial : Cara-cara Masukkan Latar Belakang Gambar Dalam Tulisan

Tutorial ini di ambil dari laman facebook di dalam kumpulan My BBM *NIK*_Sharing is Caring yang telah dipost oleh ahli kumpulan tersebut. Gambar di bawah admin ambil terus dari situ. Tidak diketahui pula siapa pemilik cdc@creativity yang tertera di dalam gambar tersebut. Walau apa pun admin ucapkan terima kasih atas ilmu ini. 


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7



Friday, January 23, 2015

Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (S.P.S)

Pada tahun lepas (2014), pihak KPM telah melancarkan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang banyak maklumat perlu dikemaskini oleh guru kelas dan admin yang dilantik. Pada tahun ini (2015), laman web SPS tersebut telah ditutup dan digantikan dengan SPS versi baru. Versi 2014 adalah melalui Bestarinet manakala versi 2015 adalah melalui moe.gov.my.

Walaupun ia dikatakan baru, tetapi ia sebenarnya adalah laman web lama yang digabungkan melalui pautan http://sps.moe.gov.my/ yang terdiri dari sistem APDM, EMIS dan EOPERASI.

Agak mendukacitakan kerana segala kerja tahun 2014 "hilang" begitu sahaja disebabkan pengurusan yang lemah dalam hal ini.


Berikut adalah ilustrasi pelaksanaan SPS mulai tahun ini.


Berikut adalah garis panduan pelaksanaannya:










Thursday, January 22, 2015

Bonus Tahunan dan Bonus Haji Lembaga Tabung Haji Tahun 2014

YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan Bonus Pendeposit TH 2014 iaitu Bonus Tahunan sebanyak 6.25% dan Bonus Haji sebanyak 2.0%.



Pengumuman di facebook rasmi Lembaga Tabung Haji (https://www.facebook.com/TabungHaji) 

Berikut adalah sejarah pemberian bonus oleh Lembaga Tabung Haji bermula sejak tahun 1994:

1994 : Dividen Tabung Haji 9.5%
1995 : 9.50%
1996 : 9.50%
1997 : 9.50%
1998 : 8.00%
1999 : 8.00%
2000 : 5.50%
2001 : 3.25%
2002 : 3.50%
2003 : 4.00%
2004 : 4.30%
2005 : 4.50%
2006 : 4.75%
2007 : 5.00% + 2.00% Bonus
2008 : 5.00%
2009 : 5.00%
2010 : 5.50%
2011 : 6.00%
2012 : 6.50% + 1.5% Bonus Haji
2013 : 6.00% + 2.0% Bonus Haji
2014 : 6.25% + 2.0% Bonus Haji




Saturday, January 17, 2015

Transformasi Bilik Darjah SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya

Bilik darjah yang kondusif amat perlu untuk menarik minat murid belajar dengan lebih bersemangat. Bilik darjah yang menarik bukan saja idaman murid dan ibu bapa malah ia menjadi idaman guru kelas itu sendiri. Pelbagai alasan mungkin boleh diberikan untuk tidak menghias kelas tetapi selepas melihat gambar-gambar yang admin sertakan di bawah, alasan itu mungkin tidak perlu lagi. Semua pihak boleh menyumbang kepada kelas yang ceria, bersih dan menarik. 

Gambar ini adalah hasil lawatan admin ke SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor pada 17 Januari 2015. Fokus utama adalah kepada program transformasi bilik darjah. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah ini yang telah melakukan budaya positif yang begitu mengagumkan. Sememangnya sekolah ini layak untuk terus berada dalam kecemerlangan berdasarkan rekod yang telah ditunjukkan. 

Sebahagian kawasan / bilik-bilik khas masih lagi dalam proses penambahbaikan. Admin cadangkan anda melawat sendiri sekolah ini untuk melihat usaha yang telah dilakukan mereka. 

Terima kasih admin ucapkan kerana sudi menerima kunjungan admin dan rakan-rakan. 

Gambar di bawah hanyalah sebahagian sahaja. Koleksi gambar ada disimpan di dalam google drive di pautan yang disertakan. Sila klik di sini.















Friday, January 16, 2015

Tarikh Peperiksaan Awam 2015 (UPSR, PT3, SPM, STAM)

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan utama bagi tahun 2015 di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM):


Surat makluman seperti berikut:



Semua pihak juga dinasihatkan untuk membaca kadar bayaran baru bermula 01 Januari 2015 berkaitan peperiksaan awam - klik di sini.






Thursday, January 15, 2015

MODUL KSSR TAHUN 1

Berikut adalah modul untuk KSSR tahun 1 yang diambil dari laman web BPK. Bahan dikumpulkan dan diletakkan di Google Drive.

Subjek yang ada dalam simpanan ialah:

01. Modul pengajaran muzik
02. Buku panduan guru Bahasa Malaysia tahun 1
03. Year one guide book (Modul Bahasa Inggeris)
04. Modul pengajaran sains tahun 1
05. Modul pengajaran kemahiran membaca dan menulis tahun 1
06. Modul pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur tahun 1
07. Modul Abakus
08. Modul Abakus dan aritmetik mental edisi ketiga
09. Modul pengajaran matematik tahun 1
10. Modul pengajaran pendidikan jasmani tahun 1
11. Modul transisi Bahasa Arab
12. Modul pengajaran pendidikan seni visual tahun 1


Pautan ke google drive : Klik di sini




Lihat juga modul modul kssr bagi tahun lain. Klik pada modul yang berkaitan:





p/s : Tidak semua bahan / mata pelajaran disertakan. Bahan mungkin tidak dikemaskini.





MODUL KSSR TAHUN 2

Berikut adalah modul untuk KSSR tahun 2 yang diambil dari laman web BPK. Bahan dikumpulkan dan diletakkan di Google Drive.

Subjek yang ada ialah :

01. Buku panduan kursus Pendidikan Islam tahun 2
02. English Teacher Guidebook Year 2
03. Modul Abakus 2012.
04. Modul pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi (Teknologi Maklumat)
05. Modul pembelajaran sains
06. Modul pdp matematik - Nombor dan operasi tahun 2
07. Modul pdp matematik - Sukatan geometri tahun 2
08. Panduan guru Bahasa Malaysia tahun 2
09. Panduan pengajaran Dunia seni visual tahun 2
10. Panduan pengajaran Pendidikan Jasmani tahun 2
11. Panduan pengajaran Pendidikan Kesihatan tahun 2


Pautan ke google drive : Klik di sini




Lihat juga modul modul kssr bagi tahun lain. Klik pada modul yang berkaitan:



p/s : Tidak semua bahan / mata pelajaran disertakan. Bahan mungkin tidak dikemaskini.

MODUL KSSR TAHUN 3

Berikut adalah modul untuk KSSR tahun 3 yang diambil dari laman web BPK. Bahan dikumpulkan dan diletakkan di Google Drive.


Pautan ke google driveKlik di sini

Carian admin juga mendapati modul kssr tahun 3 boleh diperolehi di pautan scribd berikut:

https://www.scribd.com/collections/3725544/Dokumen-Standard-Modul-Panduan-Guru-KSSR-Tahun-3



Lihat juga modul modul kssr bagi tahun lain. Klik pada modul yang berkaitan:




p/s : Tidak semua bahan / mata pelajaran disertakan. Bahan mungkin tidak dikemaskini.
















MODUL KSSR TAHUN 4

Berikut adalah modul untuk KSSR tahun 4 yang diambil dari laman web BPK. Bahan dikumpulkan dan diletakkan di Google Drive.


Pautan ke google drive : Klik di sini




Lihat juga modul modul kssr bagi tahun lain. Klik pada modul yang berkaitan:




p/s : Tidak semua bahan / mata pelajaran disertakan. Bahan mungkin tidak dikemaskini.

MODUL KSSR TAHUN 5

Berikut adalah modul untuk KSSR tahun 5 yang diambil dari laman web BPK. Bahan dikumpulkan dan diletakkan di Google Drive.


Pautan ke google drive : Klik di sini




Lihat juga modul modul kssr bagi tahun lain. Klik pada modul yang berkaitan:



p/s : Tidak semua bahan / mata pelajaran disertakan. Bahan mungkin tidak dikemaskini.






Wednesday, January 14, 2015

Kadar Bayaran Baharu Pengurusan Peperiksaan Awam UPSR, PT3, SPM, SPM(U) dan STAM Mulai 1 Januari 2015

Kadar Bayaran Baharu Pengurusan Peperiksaan Awam UPSR, PT3, SPM, SPM(U) dan STAM Mulai 1 Januari 2015 telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Beberapa perubahan telah berlaku dan antara lainnya yang admin terlibat ialah dalam peperiksaan UPSR di mana perubahan seperti ini dilakukan:

1. Pembetulan maklumat calon - RM30 dikenakan (sebelum ini percuma).
2. Pendaftaran lewat calon UPSR - RM30 (sebelum ini percuma).
3. Penyemakan semula kertas UPSR - RM50 (sebelum ini hanya RM10).
4. Bayaran salinan keputusan peperiksaan - RM30 (sebelum ini hanya RM10).
5. Bayaran calon daftar lewat - RM30 - (sebelum ini percuma).
6. Bayaran pengesahan keputusan peperiksaan - baharu - RM50.

Bacaan lanjut surat siaran dari Ketua Pengarah Pelajaran boleh dibaca di bawah ini:









Monday, January 12, 2015

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Satu perkongsian yang baik dari Cikgu Hilmi - Semua bahan di bawah di ambil dari blog beliau - klik sini.


Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.


Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21
Contoh susunatur kelas abad ke 21


3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.



Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21



Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh dan keperluan yang perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21. Selamat beramal! ;)

Sunday, January 11, 2015

Cuti Perayaan Bagi Sekolah-sekolah Tahun 2015

Sebaran gambar untuk cuti perayaan utama bagi sekolah-sekolah di bawah KPM telah tersebar. Namun begitu, surat utama dalam bentuk cetakan dikatakan belum sampai ke pejabat sekolah dan belum ada PPD yang membuat siaran secara rasmi (setakat 11 Januari 2015). 

Berikut adalah gambar yang berkenaan. Kemaskini akan dibuat selepas surat rasmi diterima. Sesungguhnya arahan rasmi secara hitam putih sangat diperlukan untuk tindakan lanjut semua pihak merancang percutian.

Jika mengikut takwim persekolahan, satu minggu cuti persekolahan akhir tahun 2015 adalah 'sekolah ganti'  bagi perayaan utama negara.

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti Hari Raya Aidilfitri

Cuti Deepavali

Berikut adalah versi yang lebih jelas:






Friday, January 9, 2015

BUKU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH EDISI 2014

Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) ini disiarkan di laman web KPM pada 09 Januari 2015. klik sini. Ada 2 bahan yang disiarkan untuk dimuat turun di pautan http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/ . Untuk memasuki laman web dan memuat turun bahan, anda dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan dan membuat pengesahan terlebih dahulu.

Masukkan nombor kad pengenalan sebelum dapat log in. 

Semak maklumat yang berkaitan. Isikan bahagian Status Jabatan. Tekan pada bahagian pengesahan / pengakuan.

Muat turun bahan yang disertakan dalam format acrobat reader tersebut. 

Seperti biasa, bahan berkaitan admin upload ke scribd untuk bahan bacaan semua.









Saturday, January 3, 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Contoh Penulisan RPH - Matematik Tahun 2015

Berikut adalah RPT dan RPH untuk panitia admin bagi tahun 2015 untuk tahun 1 hingga tahun 6.

1. RPT ini hanya sesuai untuk sekolah admin yang berada di kumpulan A (cuti hujung minggu hari Jumaat-Sabtu).

2. RPT ini ditulis mengikut arahan Ketua Jabatan admin yang mahukan cuti persekolahan ditulis sebagai satu minggu (ada minggu ditulis) dan dikira dalam setahun tuh, menjadikan jumlah minggu persekolahan ada 45 minggu.

3. Minggu pertama ialah pada 11 Januari, bukan pada 04 Januari.

Muat turun boleh dilakukan melalui 4 pilihan iaitu Google Drive, Scribd (percuma), Facebook (ahli panitia admin sahaja), Telegram (ahli panitia admin sahaja).


Muat turun melalui Google Drive - sila klik di sini

Kepada ahli panitia, sila semak dan maklumkan jika terdapat kesilapan. Cetak dengan saiz A4.
























Bagaimana Membuat Berita Palsu ?

OK neh bukan nak ajar korang buat berita palsu lepas tuh sebar kat facebook, WhatsApp atau Telegram yer. Neh hanya nak memberi kefahaman dan kesedaran kepada pengguna bahawa berita palsu neh boleh dicipta dengan teknologi yang ada. Jika sebelum neh mungkin nak buat berita palsu ramai yang guna Adobe Photoshop. Tapi sekarang berita palsu neh lagi nampak nyata dengan hanya mengubah kodnya sahaja.

Tapi sebelum boleh guna tuh kena install addons firebugs dulu di Firefox tuh.

Lihat video neh:



Video neh sumbangan saudara Shaiffulnizam Mohamad di facebooknya.



Antara berita palsu yang tersebar dengan cara ubah ayat atau perkataan dalam berita ialah seperti di bawah:


Nampak macam betul kan... tapi ia hanyalah palsu.





Thursday, January 1, 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Tahun 5 (Dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH))

Sila semak halaman blog neh sebab admin akan kemas kini dari masa ke semasa (bergantung kepada sumber). Jadilah penyumbang RPT dengan menghantar ke email berikut - jgg4452@yahoo.com . Sumbangan anda amat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih. 

Anda dinasihatkan menyemak bahan yang diberi di sini dan disesuaikan mengikut sekolah masing-masing. 

Admin cuba berkongsi bahan untuk RPT KSSR tahun 5 seperti berikut: (Versi untuk SK sahaja).

01. Bahasa Semai
02. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
03. Matematik
04. Sains
05. Sejarah
06. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
07. Pendidikan Seni Visual
08. Pendidikan Muzik
09. Pendidikan Islam
10. Bahasa Malaysia
11. Bahasa Cina SK
12. Bahasa Arab
13. Pendidikan Jasmani
14. Pendidikan Kesihatan
15. Pendidikan Moral
16. Bahasa Tamil SK
17. Bahasa Inggeris 


Bahan asal adalah dalam bentuk MS Office (Word atau Excell) kecuali hasil sumbangan mungkin dalam format yang lain. Sila muat turun dalam format asal. Rujuk tutorial untuk panduan memuat turun bahan dari scribd - sila klik disini.


Contoh RPH (hampir semua subjek ada di dalam fail ini) - Muat turun melalui Google Drive - klik di sini

RPT - Muat turun melalui Google Drive - klik di sini - belum lengkap

RPT - Muat turun melalui Google Drive - klik di sini (Versi Pahang) - lengkap semua subjek